Memaparkan catatan dengan label sedarlah.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sedarlah.... Papar semua catatan

Isnin, 2 November 2009

kesusahan kesenangan ujian ALLAH S.W.T....

kesusahan dan kesenangan dalam hidup
adalah ujian yang diturunkan oleh Allah.
Jika anda ditimpa kesulitan dalam hidup, jangan anggap
anda tidak disayang Allah. Atau jika anda diberikan
kesenangan, tidak bermakna anda boleh bersuka ria
menyambutnya.


Kadangkala kesulitan itu adalah ujian yang ditimpakan
Allah sebagai kitaran terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan
dalam hidup. Dosa itu tidak semestinya dikifarahkan dengan
amalan solat, zakat dan haji, sebaliknya dengan menguatkan
kesebaran ketika menghadapi kesukaran.


Jangan berputus asa ketika berdepan dengan kesukaran
kerana itu bermakna kita berputus asa terhadap Allah.
Berputus asa terhadap Allah BESAR hukumnya.


Peringatan ini seperti yang dijelaskan ALlah
dalam firman-Nya


"Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah
kerana sesungguhnya hanya kaum yang kafir yang berputus
asa daripada rahmat Allah" ( Yusuf : 87 )


Justeru ingatlah bahawa orang yang berjaya merentasi
segala dugaan , baik kesenangan, mahupun kesulitan adalah
orang yang berjaya di dunia dan akhirat.

Rabu, 7 Oktober 2009

rasa kosong...

ntah kenapa saya rasa gembira tapi macam masih ada ruang yang kosong...
tidak gembira sepenuhnya...
tidak pasti kenapa...
adakah saya ada membuat silap..
mungkin sebab saya lalai akan perintah-Nya..
mungkin juga saya semakin hanyut dia bawa arus keduniaan..
ntahlah...
ketawa-ketawa saja setiap hari masa dan ketika..hanya ketika mata terpejam saja, saya tidak ketawa..
tapi masih terasa macam ada yang tidak kena..
tidak tau kenapa..
Ya Allah berikan hambamu ini petunjuk dan hidayah dariMu Ya Allah..

-wassalam-

Jumaat, 31 Julai 2009

kami di 'tegur' oleh makhluk Allah yang lain

Akibat dari kebosanan yang melampau..
maka terjadilah benda2 yang melampau yang tidak pernah orang buat di kolej sebelum ini..
petang semalam hana ada sms saya dia bawa main bola tampar..
"syg...main bola tampar jam 5 ni.mari la k. kita2 ja"

tapi waktu tu saya tetidur dengan aman sebarang gangguan pun tidak langsung disedari..
saya tebangun pun jam 7 pm.
itu pun nasib baik lagi c Cat pigi kasi bangun kalo tidak...
saya rasa jam 9 pm baru bangun nie..C Cat bawa pigi makan petang..
saya pun dengan muka baru bangun, bersemangat terus pegi makan..
tengah sedap2 makan
tiba2 c Efa sampai dari blok 1..dia bawa main bola tampar...
saya apa lagi punya main chelonok n xcited mau main..
tanpa berfikir tentang waktu maghrib, implikasi, side effect etc..kalo main tym tu..eh sudahlah malam jumaat...betul2 lupa dunialah...

main punya main sampai jam 8.30pm..ada yang mau balik tapi
kena pujuk-pujukkan supaya balik jam 9pm..
ketawa2, teriak2 eh macam2 lagilah..
teruklah betul keadaan semua tym 2..
beberapa minit sebelum jam 9
waktu saya pegi longkang kutip bola, tiba-tiba C Hana lari keluar gelanggang..
macam batuk saya lalu saja...sekali saya pusing balik rupa2nya dia muntah..
rina n da' geng ketawa2 hana ok kah lagi dorang tanya...
terus saya pegilah usap2 belakang dia...hana ok kah???saya tanya begitu...
Hana diam saja...terus diorang c rina masih lagi ketawa2 ingatkan c hana batuk saja..
terus saya pun cakap 'eh kamu ingat c hana main2kan nie, dia muntah tau'
barulah c janah n efa datang pegi usap2 belakang c hana..
beberapa minit lepas tu, keadaan c hana ok sudah sikit..
terus dia cakap..
'mari balik ada benda tidak baik nie' dia ckp...
apalagi tanpa dia kasi terang lebih lanjut saya tau sudah...
kami pun balik...

*pengajaran dari kisah nie : jangan terlalu main tanpa memikirkan ada makhluk2 lain yang terganggu sehingga mereka 'menegur' barulah sedar...

-wassalam-