Khamis, 4 November 2010

saya jatuh cinta....

ya saya pasti saya ter....jatuh cinta sudah...








tidak perlu lagi kamu ragu memang saya betul-betul jatuh cinta....














cuba kamu tengok sama sepa....






hehe....





kejap....








oppppssss..
bukan sama org dia ah


tapi sama benda yang dia pegang...
ya betul saya jatuh cinta sudah mah
si ARCHERY




saya tidak puas main..




mau lagi hehe..
azey kita pegi main ah....(harap c azey tebaca)
nanti saya belanja (harap yg ini dia telepas baca)

untuk renungan kita bersama

*petikan ini di ambil dari alaf 21

KISAH PENG SHUILIN
Ini adalah kisah Peng Shuilin.
Beliau setinggi 78 sentimeter, lahir di Wilayah Hunan, China.
Bahagian tubuhnya, dari paha ke bawah sudah tidak boleh diselamatkan.
Pakar-pakar bedah menjahit tubuhnya.
Dua tahun dia berada di hospital di Shenzhen
untuk menjalani pelbagai jenis pembedahan
semata-mata untuk membetulkan perjalanan
organ dan sistem di dalam tubuhnya.
Peng Shuilin mula bersenam untuk
menguatkan otot tangannya.  
Peng melalui semua jenis dugaan.
Kini dia mengkagumkan para doktor kerana mampu
melangkah kembali setelah sedekad berlalu.
Para doktor di Pusat Pemulihan dan Penyelidikan China di Beijing
mencipta sejenis alat bagi memampukan beliau berjalan semula.
Mereka memasang dua kaki bionik dan mencipta alat seperti
mangkuk untuk menampung tubuhnya.
Akhirnya, Peng dapat menapak…
RGO atau recipicating gait orthosis,
adalah instrumen yang dipasang di kaki bioniknya.
Ada sebuah kabel yang terpasang supaya bila sebelah kaki bergerak ke hadapan, sebelah kaki lagi akan bergerak ke belakang. Akhirnya, Peng dapat berjalan…
Kini Peng Shuilin sudah membuka sebuah pasaraya
yang dinamakan Separuh Orang-Separuh Harga!
Lelaki berusia 37 tahun ini sudah menjadi seorang usahawan
yang menjadi contoh kepada OKU-OKU yang lain.
Dengan ketinggian kurang semester, kini Peng bergerak
menggunakan kerusi roda untuk memberi kuliah
mengenai pemulihan daripada kecacatan.
Anda punyai sebuah tubuh dan dua kaki.
Lihatlah Peng - insan yang tiada mempunyai kaki!
Tidak ada suatu musibah pun
yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah;
dan barangsiapa yang beriman kepada Allah
niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.
Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

(al-Quran: At-Taghabun: 11)

Khamis, 28 Oktober 2010

doaku sempena di hari lahirku...

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku hamba mu yang kerdil ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.

hari lahirku....

                                                         apa yang istimewa dengan nie benda ah????


                                                                nampak sudah????

terang sudah kan...
 1028
birtahday saya..


saya gembira sikit hari nie..
apa lagi bila mau tulis tarikh...
28.10.2010
macam cantik saja tu tarikh..
hehe..
terima kasih untuk semua yang wish saya...
sayang kamu semua..

-wasalam-

Selasa, 26 Oktober 2010

20.10.2010



















selamat pengantin baru kepada
DZARIEF WAJDI AROYO
AND
NADIA NURULEZZATY

semoga berkekalan hingga ke syurga....amin...