Khamis, 30 April 2009

Home Visit Skim Penempatan Baru Telipok

Teda apa yg mau di cerita just mau kongsi sikit info tentang Penempatan Baru yang terletak tidak jauh dari Pekan Telipok. Lebih kurang 10 minit dari Pekan Telipok dan 'tambang' untuk ke sana cuma RM 1.00. Tapi kewujudannya mungkin tidak diketahui oleh orang ramai terutama sekali yang menetap jauh dari Telipok. Ini kerana perkampungannya terletak di atas bukit dan agak 'tersorok' dari pandangan mata kasar atau mata halus haha.....
Skim Penempatan Baru ini dibina oleh kerajaan sebagai tempat tinggal bagi penduduk yang dipindahkan dari Pulau Gaya.

Jadi tengoklah keadaan 'penempatan' ini sekadar untuk tatapan anda..


Longkang yang penuh dengan sampah sarap cuba bayangkan kalaulah musim hujan apa akan jadi????ini baru sikit....
Keadaan yang lebih tersusun berbanding dengan skim penempatan lama
Wajah2 keletihan setelah banyak rumah dilawati...meredah banjir sampah sarap yang terpaksa di pekakkan hidung dari merasa bau2an...haha
Fikirlah sendiri.....
Bagi pandangan mata saya yang kabur, dari pandangan pencinta alam ( huhu kununlah ), dan yang paling penting dari pandangan saya sebagai pencheentaa kesihatan...kalaulah tiada penyelengeraan yang teratur terutamanya berkenaan dengan tempat pembuangan sampah, dari pihak2 terlibat tidak mustahil 2 atau 3 tahun akan datang, penempatan ini tidak lagi nampak macam penempatan orang tapi tempat pelupusan sampah dan mungkin juga bakal tempat perkampungan utama wabak2 yang power2..paling kurang pun taun, tuberculosis ( TB) n mungkin juga penyakit yang sudah dipuluskan dari senarai akan timbul balik... Jadi renung-renungkanlah......

SEKIAN Wassalam

Tiada ulasan: