Selasa, 28 Ogos 2012

selamat hari lahir daling

selamat hari kelahiran daling yg ke-28 eh silap hehe
yg ke-23 eh silap saya pula tu..
yg ke-24

dengan ucapan seperti tahun2 lalu..
-semoga panjang umur
-dimurahkan rezeki oleh-Nya
-dipertemukan jejaka yang boleh bawa pg syurga
-jadi anak yang solehah
-semoga ke-LOWONGAN semakin berkurangan

p/s :-nie pic saya teda sbb semua yang org ambil selain saya x jelas..
- sorry betul2 saya lupa birthday kau patutlah kau sen'seg sy mau beli beg mekap...patutlah semua kedai yang saya masuk time kita pg 1b semua kedai hadiah...kejap masuk someting different, kejap masuk kaison kejap masuk daiso kejap masuk apa tu kedai hadiah yang lagi 1 kami masuk ah..tp saya betul2 tidak ingat....time di ranau saya ingat...sampai di kk saya lupa haha...

siou k..

nnt kau claim hadiah ah ....(sebenarnya ada sudah kami beli tp hehe sy ambil x jd bagi kau) nanti sy bagi lain

Khamis, 10 Mei 2012

luahan rasa..

saya sangat-sangat-sangat perlukan seseorang untuk mendengar luahan rasa, sesorang yang boleh saya menangis depan dia tanpa rasa segan, seseorang yang boleh redakan kekusutan, seseorang yang boleh tenangkan bila saya menangis, sesorang yang boleh kasi pinjam peha untuk sy tumpang menangis(macam selalu saya buat sama c nadeya) tapi semua tu tiada. kerana.... saya ada di tengah-tengah orang ramai yang sibuk untuk makan, barulah saya rasa macam mana rasa makanan yang dimakan rasa pasir.... ya Allah saya mau pulang cepat pegi rumah... hanya pada-Mu Ya Allah saya dapat luahkan masa-masa begini.... terimkasih YaAllah sebab membenarkan saya rasa seperti ini... terimakasih atas kekuatan yang Engkaunpinjamkan kepada hambaMu ini... mudah-mudahan saya lebih tabah menghadapi ujian selepas ini.... #terimakasihkepadainsanyangtelahmenghadiahkansayaujiansepertiini.terimakasihjugauntuknasihatyangkaubagi.mudah-mudahansayasedardirilahselepasini.... P/S: terimakasih alpitriah sebab sudi kasi pinjam telinga untuk melekat di telefon....

Khamis, 19 Januari 2012

dengarlah wahai adik2ku sayang

Tips Sekiranya Sudah Berpunya Dan Masih Belajar

" Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumbal daging. Apabila ia baik jadi baiklah seluruh badannya, dan sekiranya buruk, buruklah semuanya. Ketahuilah ia adalah hati."

Tip-tip ini penulis perolehi hasil dari pembacaan penulis dari sebuah buku yang suatu ketika dahulu penulis sangat-sangat tercari-carinya iaitu "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa".Sebuah buku karangan Mardiana Mat Ishak keluaran PTS. Untuk makluman pembaca, penulis gemar buku-buku keluaran PTS.
Tip-tip yang penulis maksudkan adalah :
1. Sekiranya boleh disegarakan perkhawinan itu, segerakanlah.
Ini merupakan kaedah yang paling dikehendaki oleh syarak dan syariat dan sangat berkesan iaitu berkahwin. Dengan perkhawinan ianya dapat menghalalkan 1001 tiket, semuanya boleh. Minta keizinan dan restu daripada ibu bapa dan nyatakan hasrat murni ini dengan sehikmah yang mungkin.
Sediakan rancangan atau pelan anda dan juga pasangan dalam urusan berkahwin ketika belajar. Tetapi perlu diingatkan, sebelum kita menyuarakan hasrat kita hendak berkahwin perlulah kita muhasabah diri terlebih dahulu atau membuat checklist terhadap diri kita dan juga pasangan kita supaya ibu bapa kita ada rasa keyakinan terhadap keputusan yang kita ambil ini. Pertama-tama sekali adalah tanya pada diri sendiri:
i.      Adakah saya sentiasa memastikan solat fardu lima waktu saya cukup?
ii.     Adakah Saya menjadikan solat duha sebagai satu kezaliman?
iii.    Adakah saya membaca al-quran sekerap yang mungkin?
iv.    Adakah saya selalu menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama?
v.     Adakah saya mengamalkan zikir pagi dan petang (al-ma'thurat) seperti Rasullullah?
vi.    Adakah saya sering memperbanyakkan selawat ke atas nabi?
vii.   Adakah saya membaca bahan bacaan yang memberikan kefahaman dalam agama?

Senarai semak hubungan dengan Allah S.W.T ini baru sahaja sebahagian dan masih terdapat banyak lagi pertanyaan yang lain tetapi penulis tidak mahu fokus kepada itu. Sekiranya jawapan negatif yang lebih banyak berbanding jawapan positif, perbaikilah hubungan kita dengan Allah S.W.T terlebih dahulu. Usah menyalahkan Allah S.W.T sekiranya kita bermasalah dalam hubungan kita dengan pasangan kerana sebenarnya kita bermasalah dengan Allah S.W.T.
Penulis akui memang berat bagi sesetengah individu untuk menyuarakan hasrat untuk berkahwin ketika belajar tambah-tambah lagi pelajar berkenaan masih cetek dari segi ilmu-ilmu spiritual, intelektual dan material dan masih terlalu ramai ibu bapa yang tidak berkeyakinan untuk membenarkan anak-anak mereka berkahwin seusia muda kerana bimbang pelajaran, kewangan dan sebagainya akan terjejas.
Dengan fikiran yang sebegitu, ibu bapa lebih rela melihat anak-anak mereka di bawa kehulu dan kehilir tanpa ada apa-apa ikatan yang sah. Maka, budaya couple semakin  berluas-luasa, bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kita kena ingat, wanita yang masih belum berkahwin, setiap tindak-tanduknya ibu bapalah yang akan mendapat dosanya. Tidakkah kita kesiankan ibu bapa kita. Kerana kita mereka terhalang dari masuk syurga Allah S.W.T. Fikirkanlah.
2. Sekiranya mahukan ikatan yang sah, pilih nikah Khitbah.
Altenatif kedua yang kita boleh ambil adalah melalui nikah khitbah. Nikah khitbah ini adalah menarik bagi penulis. Kahwin jenis ini adalah pasangan tersebut bernikah tetapi dibolehkan tinggal secara berasingan (sepanjang tempoh pengajian). Istilah dalam bahasa melayu dikenali sebagai 'nikah gantung'.
Yang manisnya atau kelebihan kahwin macam ini banyak manfaatnya terutama mendapat redai Allah S.W.T. Pasangan boleh belajar bersama-sama, keluar bersama-sama tanpa ada rasa segan silu dan bersalah kepada Allah S.W.T, ibu bapa dan rakan-rakan.
Bebas untuk berpegangan tangan dan sebagainya malah setiap apa yang dilakukan mendapat pahala di sisi Allah dan malaikat sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut. Menarik lagi, dapat jalani kehidupan yang sah dan diberkati dalam "couple" dan sentiasa komited bagi berjaya dalam pelajaran.
Nikah khitbah ini ada terjadi kepada salah sorang rakan penulis. Memang penulis akui sangat cemburui akan mereka. Kenapa tidaknya, mereka bebas untuk berjalan bersama-sama, bermesra dan sebagainya. Masa tempoh belajar memang mereka tinggal berasingan. Yang menarik bagi penulis, tamat saja tempoh pengajian diploma lebih kurang tiga bulan, penulis dapat berita zaujah (isteri) dia sudah mengandung anak sulung mereka. Alhamdulllah. Mungkin sekarang sedang menunggu kehadiran insan baru dalam hidup rumah tangga mereka. Maniskan, insyaAllah.
3. Sekiranya tidak diizinkan berkahwin juga, jaga batas pergaulan.
 Perkara inilah yang paling berat untuk dijaga. Ramai remaja-remaja sebaya penulis diluar sana yang sudah berpunya tetapi tidak dapat untuk menjaga pergaulan, pembaca sendiri dapat melihatnya. Apa pun, penulis tetap berharap dan berdoa agar rakan-rakan yang sudah berpunya itu dapat elakkan berjumpa dengan pasangan secara berdua-duaan dan dapat kurangkan berhubung sekiranya tiada urusan yang penting.
Letakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya. Ingat, setiap tindakan kita dan pasangan kita dapat memberi kesan kepada masa sekarang dan memberi kesan kepada perkhawinan kita kelak. Ingat, matlamat membina rumah tangga muslim yang sejati dan diredai juga bergantung kepada diri kita sendiri.
Teringat penulis semasa semester akhir diploma, ada sorang kawan baik penulis sudi kongsi ceritanya. Ceritanya itu berlaku kepada kawannya. sangat sedih dan tambah-tambah lagi berlaku kepada seakidah dan seagama dengan penulis.
Mereka berkahwin atas dasar cinta dan juga kerana mereka terlanjur sehinggakan wanita tersebut mengandung. Berkahwin tidak sampai sebulan kemudian wanita tersebut diceraikan talak tiga. Wanita tersebut diceraikan talak tiga. Nauzubillahiminzalik, mintalah kita dijauhkan dengan perkara sedemikian.
Apa yang pembaca rasa apabila wanita tersebut adalah diri pembaca. Tidak mungkin pembaca tidak rasa apa-apa. Tidak mungkin. Penulis dapat rasakan bercinta sebelum kahwin lebih banyak keburukkan berbanding kebaikan. Tambah-tambah cinta atas dasar seks. Penulis tidak mahu bahaskan isu kebaikkan dan keburukkan bercinta sebelum kahwin di sini, insya-Allah mungkin di sesi yang lain.
Penulis berharap dengan sedikit perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membuka minda dan fikiran kita. Insya-Allah. Penulis sarankan yang sudah bercinta itu ikutlah sedikit sebanyak panduan yang telah diberikan ini. Pilihlah antara satu dari tiga kaedah yang disarankan, kalau ada yang lebih baik lagi bagus.
Pembaca yang sedang bercinta perlu ingat, setiap tindakan akan memberi kesan kepada pembaca dan pasangan pada masa sekarang dan juga akan datang. Ingatlah, jangan disebabkan cinta manusia yang tidak halal memudahkan kita menuju ke neraka Allah S.W.T. Nauzubillahiminzalik.
P/s : dicopy dan dpaste kan daripada Tips sekiranya kita sudah berpunya tapi masih belajar

sekian, wassalam

Isnin, 16 Januari 2012

3 orang saja

semalam saya.farid.tira

pg tengok nie filem 

jam 9.50pm..

sekali daaaa begitu besar panggung dia..

kami 3 orang saja yang pg tengok???

ketawa.teriak.makan.berkata-kata 3 orang saja

macam seram sikit..

p/s: kalo kepingin mau tngk filem 2 orang saja bak kata yang senang orang mau faham..
(dating). cara-caranya adalah : 1) tengok filem 3D
2) wayang yang hampir sudah mau kena kc keluar dari list
3) Jam yang paling last

(konpem teda orang dan dapat dating dalam panggung tanpa gangguan haha..

Khamis, 12 Januari 2012

perjanjian kepada NAdia NurulEzzaty

pada pagi yang mendung dan sedap tidur (saya lupa sudah tarikh dia)

saya dapat sms begini bunyi dia...
nadia : pika c irfan kena teleskop..
saya : teleskop? ( itupun setelah memerah otak dan membayangkan c irfan yang comel kena hempap sama teleskop..terus tepikir lagi dia main2 di mana sampai kena hempap sama teleskop..

x  fikir panjang terus call mommy irfan...
rupanya c comel kena intussusception..

terus buka kitab yang lama sudah di jeruk dalam kotak..
buku medical surgical buka teda terus buka buku peads..
jadi jumpalah pasal ceitera c TELESKOP ini..

INTUSSUSCPTION

maksud : Intussusception berlaku apabila satu bahagian usus kecil masuk ke usus besar, seperti teleskop. Apabila ini berlaku, ia boleh membuat blockage pada usus, dan dinding usus menekan antara satu sama lain. Ini seterusnya membawa kepada radangan pembengkakan, dan kurang aliran darah ke bahagian usus yang terlibat. selalu terjadi pada bayi 5-10 bulan (80% terjadi pada bayi berumur kurang dari 1 tahun). selalu terjadi pada bayi lelaki berbanding bayi perempuan.

tanda :
Bayi dan kanak-kanak dengan intussusception mempunyai kesakitan yang teramat sangat di bahagian abdomen, yang biasanya bermula dengan tiba-tiba dan kesakitan yang amat kuat, menyebabkan bayi akan menarik lutut ke dadanya untuk mengurangkan kesakitan. Kesakitan biasanya terputus-putus, tetapi kesakitan boleh menjadi lebih kuat. Apabila sakit berkurangan atau tidak menyerang, kanak-kanak itu boleh berhenti menangis untuk seketika dan seolah-olah berasa lebih baik.
antara simptom2 lain adalah :
 - kembung pada bahagian abdomen
- muntah 
-muntah-muntah sehingga keluar cecair hempedu, iaitu cecair kekuningan hijau yang pahit
- buang air besar yang bercampur darah atau lebih dikenali dengan currant jelly stool

penyebab :
gastroenteritis atau jangkitan pada gastrousus. Apabila jangkitan gastrousus terjadi bakteria atau virus boleh menyebabkan pembengkakan tisu, yang mungkin menyebabkan penarikan satu bahagian daripada usus ke dalam usus yang lain.

rawatan :
- pemberian barium enema selalunya akan berjaya pada peringkat awal.
-jika pemberian barium enema tidak berjaya bayi atau kanak-kanak akan di bedah untuk memperbetulkan kedudukan usus atau jika ada kerosakan pada usus atau gangrene(mati) doktor akan membuang sebahagian usus yang telah rosak itu.

komplikasi :
-kebanyakan bayi yang di beri rawatan dengan cepat iaitu kurang dari 24jam, baik akan sembuh dengan baik tanpa sebarang komplikasi
- tetapi jika tidak dirawat dengan segera usus berkemungkinan akan pecah, kerosakan pada tisu2, jangkitan pada usus dan kematian.

kesimpulannya : 
jika bayi anda mengalami tanda2 seperti menangis tidak berhenti2, kekejangan pada bahagian abdomen, muntah2, drowsiness dan passing currant jelly stool silalah berjumpa dengan doktor segera. perawatan yang cepat adalah yang terbaik untuk bayi anda ...cheeewwwaaa 

AMARAN ! 
kepada ibu-ibu, bapa-bapa , atau bakal ibu-ibu n bapa2..
tolonglah ikut nasihat perawat kesihatan untuk tidak memberikan makanan pada bayi anda sebelum berusia 6 bulan kerana ini salah 1 penyumbang kejadian2 seperti ini. kami tau anda ingin sekali mengcomelkan bayi anda. 
jika kamu ada perasaan seperti ini " ah kenapa anak si polan dan si polan kena bagi makan bubur keras lagi baru 3 bulan tiada pun apa2". mungkin dia bernasib baik atau siapa tahu bayi dia bukan akan sakit pada masa itu tapi akan memberi kesan pada masa akan datang. FAKTA yang harus kamu tahu salah 1 tanda penyebab orang2 ada gastrik atau orang dusun cakap sakit dugal adalah pemberian makanan tambahan sebelum bayi berusia 6 bulan. 

Jika ibu bapa anda menyarankan pemberian makanan tambahan seblum usia 6 bulan.. sila puan2 dan tuan2 senyum sahaja. Sebab orang dulu2 perut diorang kuat bukan macam kita sekarang hoho...
sekian, wassalam...