Khamis, 12 Januari 2012

perjanjian kepada NAdia NurulEzzaty

pada pagi yang mendung dan sedap tidur (saya lupa sudah tarikh dia)

saya dapat sms begini bunyi dia...
nadia : pika c irfan kena teleskop..
saya : teleskop? ( itupun setelah memerah otak dan membayangkan c irfan yang comel kena hempap sama teleskop..terus tepikir lagi dia main2 di mana sampai kena hempap sama teleskop..

x  fikir panjang terus call mommy irfan...
rupanya c comel kena intussusception..

terus buka kitab yang lama sudah di jeruk dalam kotak..
buku medical surgical buka teda terus buka buku peads..
jadi jumpalah pasal ceitera c TELESKOP ini..

INTUSSUSCPTION

maksud : Intussusception berlaku apabila satu bahagian usus kecil masuk ke usus besar, seperti teleskop. Apabila ini berlaku, ia boleh membuat blockage pada usus, dan dinding usus menekan antara satu sama lain. Ini seterusnya membawa kepada radangan pembengkakan, dan kurang aliran darah ke bahagian usus yang terlibat. selalu terjadi pada bayi 5-10 bulan (80% terjadi pada bayi berumur kurang dari 1 tahun). selalu terjadi pada bayi lelaki berbanding bayi perempuan.

tanda :
Bayi dan kanak-kanak dengan intussusception mempunyai kesakitan yang teramat sangat di bahagian abdomen, yang biasanya bermula dengan tiba-tiba dan kesakitan yang amat kuat, menyebabkan bayi akan menarik lutut ke dadanya untuk mengurangkan kesakitan. Kesakitan biasanya terputus-putus, tetapi kesakitan boleh menjadi lebih kuat. Apabila sakit berkurangan atau tidak menyerang, kanak-kanak itu boleh berhenti menangis untuk seketika dan seolah-olah berasa lebih baik.
antara simptom2 lain adalah :
 - kembung pada bahagian abdomen
- muntah 
-muntah-muntah sehingga keluar cecair hempedu, iaitu cecair kekuningan hijau yang pahit
- buang air besar yang bercampur darah atau lebih dikenali dengan currant jelly stool

penyebab :
gastroenteritis atau jangkitan pada gastrousus. Apabila jangkitan gastrousus terjadi bakteria atau virus boleh menyebabkan pembengkakan tisu, yang mungkin menyebabkan penarikan satu bahagian daripada usus ke dalam usus yang lain.


rawatan :
- pemberian barium enema selalunya akan berjaya pada peringkat awal.
-jika pemberian barium enema tidak berjaya bayi atau kanak-kanak akan di bedah untuk memperbetulkan kedudukan usus atau jika ada kerosakan pada usus atau gangrene(mati) doktor akan membuang sebahagian usus yang telah rosak itu.

komplikasi :
-kebanyakan bayi yang di beri rawatan dengan cepat iaitu kurang dari 24jam, baik akan sembuh dengan baik tanpa sebarang komplikasi
- tetapi jika tidak dirawat dengan segera usus berkemungkinan akan pecah, kerosakan pada tisu2, jangkitan pada usus dan kematian.

kesimpulannya : 
jika bayi anda mengalami tanda2 seperti menangis tidak berhenti2, kekejangan pada bahagian abdomen, muntah2, drowsiness dan passing currant jelly stool silalah berjumpa dengan doktor segera. perawatan yang cepat adalah yang terbaik untuk bayi anda ...cheeewwwaaa 

AMARAN ! 
kepada ibu-ibu, bapa-bapa , atau bakal ibu-ibu n bapa2..
tolonglah ikut nasihat perawat kesihatan untuk tidak memberikan makanan pada bayi anda sebelum berusia 6 bulan kerana ini salah 1 penyumbang kejadian2 seperti ini. kami tau anda ingin sekali mengcomelkan bayi anda. 
jika kamu ada perasaan seperti ini " ah kenapa anak si polan dan si polan kena bagi makan bubur keras lagi baru 3 bulan tiada pun apa2". mungkin dia bernasib baik atau siapa tahu bayi dia bukan akan sakit pada masa itu tapi akan memberi kesan pada masa akan datang. FAKTA yang harus kamu tahu salah 1 tanda penyebab orang2 ada gastrik atau orang dusun cakap sakit dugal adalah pemberian makanan tambahan sebelum bayi berusia 6 bulan. 



Jika ibu bapa anda menyarankan pemberian makanan tambahan seblum usia 6 bulan.. sila puan2 dan tuan2 senyum sahaja. Sebab orang dulu2 perut diorang kuat bukan macam kita sekarang hoho...
sekian, wassalam...

Tiada ulasan: