Rabu, 30 September 2009

sebelum keesokan hanrinya....


Majlis pertunangan antara
Jusdy Juwait
dan
eh sepa nama tunang dia tu ah???hehe lupa...
pada 26 September 2009 , Sabtu.




sudah selamat pun bertunang ...
-wassalam-

rutin harian kembali..

rutin harian yang sama kembali menyerang hidup....
rutin harian yang membosankan...melemaskan....
rutin harian yang sama...
bangun pagi...minum...on9..pastu sterika baju...piji kerja..
rutin nie sama saja setiap hari ...
ntah bila mau berubah...
6 hari dalam seminggu sama saja....
nasib bukan 7 hari dalam seminggu...

langsung tiada variasi dalam kehidupan...
pas nie mau pigi kerjalah nie...

-Wassalam-

Khamis, 24 September 2009

malas....

malas betul nie..
besok terpaksa balik kk...
sepatutnya balik hari ahad tapi terpaksa balik besok sebab nanti hari ahad teda yang mau hantar..
jadi awallah balik kk..
eh...
malas ingat mau kerja..
siment sana...siment sini...
research sana...research sini...
mana mau paking baju lagi..
kueh raya yang kena pesan lagi...
semua membuatkan diri ini malas mau balik kk..

wajah2 raya 2009




menyesal tidak amik pic sama c pika n nadia...
-wassalam-

Ahad, 20 September 2009

selamat hari raya maaf zahir batin

di sini saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin
kepada rakan-rakan ku sekalian...
datang rumah kalo sudi...
hehe..

-wassalam-

Rabu, 16 September 2009

10 'K' dalam persahabatan


Ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada PENGHUJUNG. Dicantum demi Cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya..

sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang.

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham...

saya rasa banyak ada 7 k selama saya bekawan owh.....hehe

-wassalam-

betul tei kamu kawan saya?????

ini kunun ada kuiz yang saya buat sama ada kamu dapat jawab atau tidak kalo iya memang kamu kawan betul saya kalo tidak, kamu nie kawan biasa saja....

1. sepa nama penuh saya???
a) nurfarah fecca
b) nur farahfecca
c) nurfarra feca
d) nurfarah feca

2. di mana sikulah 2nd saya??
a) sekolah kebangsaan kinapulidan
b) sekolah kebangsaan tagudon lama
c) sekolah kebangsaan tibabar ranau
d) sekolah kebangsaan pekan 1 ranau

3. kamu rasa apa makanan kegemaran saya dari dulu sampailah di kala ini??
a) sup kepala ikan + kari babas...
b) lamb chop
c) ayam gureng
d) kerupuk

4. erm...apa warna kegemaran saya kunun dulu dan sikarang??
a) ungu,biru
b) ungu,pink
c) ungu,coklat
d) ungu, hijau

5. kamu rasa kalo saya sedih apa 1st yang saya buat???
a) menangis2 sambil teriak2 sampai tekuyak mulut...
b) diam pastu jalan-jalan...
c) tingu shin chan pastu ketawa2
d) tidur.....pastu bangun telefon orang saja kasi hilang sedih...

6. apa selalu alasan saya kalau kena tanya bila saya mau becheeennntaaa???
a) eish, malas teda faedah juga
b) saya mau tunggu yang buleh kasi gagar hati saya dulu
c) nanti saya kerja dulu baru saya cari
d) teda beiii yang ngam sama saya, saya buruk2,....

7. dalam hidup saya apa yang paling penting untuk saya
a) telefon bimbit..
b) komputer riba
c) makanan
d) novel

8. dulu saya ikut plkn d mana n intake ke berapa??
a) kem kk d bawah bayu tahun 2006 intake 1st
b) kem kk di bawah bayu tahun 2007 intake 1st
c) kem kubena tahun 2006 intake 1st
c) kem kk dibawah bayu tahun 2006 intake 2nd

9. sebelum saya tidur selalu apa saya buat???
a) sms c pika...
b) sms tma
c) baca novel
d) makan dulu....haha

10. apa perkara yang paling saya inda suka
a) makanan saya kena ambil orang!!!!!
b) novel saya kena pinjam orang pastu dia kasi pasing-pasing mah orang lain!!!
c) saya tidur pastu kena kasi bangun!!!!
d) lipat kain baju!!!!

11.di kelas kalo becerita-becerita lucu2 apa saya buat???
a) ketawa2 sambil pegang pen
b) ketawa2 sambil pukul-pukul orang di sebelah sampai lebam
c) ketawa2 sambil pukul meja
d) ketawa2 sambil telumpat2

itu saja yang saya rasa soalan yang ngam mau kena tanya...saya rasa nie soalan sinang saja bha....

P/S : kalo sepa dapat jawab betul 9-10 maknanya kamu memang bestfriend saya...kalo tidak kamu nga kawan biasa2 saja....

- SELAMAT MENJAWAB-

wassalam........

Selasa, 8 September 2009

9.9.09

go for 9
saya suka ni baju dia..
simple tapi bermakna...

Ahad, 6 September 2009

Pencarian yang sukar

Tadi saya and mama saya pegi cari-cari baju raya..
Aduiii mau putus dah kaki bejalan tiada juga yang melekat di mata n hati bila memandang..
Kejap pegi kain mewah kejap pegi Tamma..
1 pun teda juga kami jumpa..
Adalah yang kain ela tapi sepa lagi yang sanggup mau jahit tika ini..
aduiiilah dunia...
mau beli yang ready made tapi bak kata mama saya
"semua guluh-guluh punya kain"
macam manalah tu..
ada yang style baru tapi,
aduiiiilah nenek...ada butang katup di bahagian lengan dia..
kalo bukan butang katup ada getah-getah...
haha lucu owh saya nampak..sepalah juga mau pakai ....
hujung-hujung terpaksa juga ambil yang baju 'guluh-guluh'
sebab teda pilihan lain..

P/S : lain tahun habis saja raya 1 bulan saya siap sudah mau beli kain baju untuk tahun depan punya raya....haha.....

-wassalam-

Testin' power broadband baru!!!!!

Apa yang saya dapat gambarkan perasaan saya sekarang adalah......
GEMBIRA!!!!!!TERUJA!!!!!!
best betul owh nie 'cinta' baru saya..
aduiii punya main laju..
apa lagi kerja saya kalau bukan download...download...dan download..
best!!!!!!
haha....saya rasa tidak rugilah saya beli and bayar tiap bulan rm88...
tanpa had untuk download...
harga sebenar sebelum promosi rm108..
tapi saya beli tyme promosi tinggal rm88....
biar orang cakap mahal..
biar orang cakap membazir..
biar orang cakap tiada guna bayar mahal-mahal..
yang penting saya tau diorang jelez...
yang penting saya GEMBIRA!!!!!
dan paling paling tersangat penting saya dapat download F.O tanpa rasa ragu-ragu dan takut untuk melebihi had mengdownload...

P/S : saya seperti tidak ingin tidur ketika ini....hehe
-Wassalam-

Sabtu, 5 September 2009

f. outing fever

semenjak saya gila tengok F..O..
mula dari sana juga saya suka n minat ngan big bang, lee hyori, snsd erm banyak lagilah..
antara semua 2 paling saya suka lagu
Daesung big bang : look at me gwisoon..
best!!!

Jumaat, 4 September 2009

kenapa semua mau kena rahsia???

4 september 2009 ;12:05 pm

tiba-tiba hp saya bebunyi
'oh i'm so sorry' petanda ada msg sampai..
cek-cek c nadia hantar msg mah saya...
nadia"c neneng mau betunang sudah kn raya ke4"
fieqah"em saya pura-pura tidak tau gima saya ndak kena kc tau"
nadia"aik jgn beh g2 min pura2 xtau"

aik sepalahkan mau terhegeh2 pegi tengok majlis orang kalo tidak kena jemput..
baik pura-pura tidak tau...
tapi ndak apalah...nasib baiklah cuti raya ngam-ngam sampai raya ke4 saja...
ada juga alasan...(itu pun kalo kena bagi tau hahahaha)

Kejadian ke 2...
antara saya mah c eicho...
Far

salam eicho..

kau d mana nie??

lama ndak jumpa kau owh,...

10:56pmAsmiza

salam

sy cni shah alam

tnggal cni sma suami sya

10:57pmFar

aik???

bila kau kawenz??

10:57pmAsmiza

hehe

bru td

aih sy cni bha study kunun

(ini lagi bikin tekajut orang saja...nasib bukan betul-betul)

erm apa-apa pun memang kecik jugalah hati tidak kena kasi tau..

kawan sendirikan mau buat majlis tapi tidak kena bagi tau...what to do lah...

p/s : kalo saya yang mau buat majlis saya siap buat pengumuman lagi d fs, fb, ms, tagged, hi5, blog, ym, imesh, lain lagi kad jemputan dan saya pastikan teda yang tidak tau...kalo diorang jauh saya buat live d ym haha.....

-wassalam-