Isnin, 2 November 2009

kesusahan kesenangan ujian ALLAH S.W.T....

kesusahan dan kesenangan dalam hidup
adalah ujian yang diturunkan oleh Allah.
Jika anda ditimpa kesulitan dalam hidup, jangan anggap
anda tidak disayang Allah. Atau jika anda diberikan
kesenangan, tidak bermakna anda boleh bersuka ria
menyambutnya.


Kadangkala kesulitan itu adalah ujian yang ditimpakan
Allah sebagai kitaran terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan
dalam hidup. Dosa itu tidak semestinya dikifarahkan dengan
amalan solat, zakat dan haji, sebaliknya dengan menguatkan
kesebaran ketika menghadapi kesukaran.


Jangan berputus asa ketika berdepan dengan kesukaran
kerana itu bermakna kita berputus asa terhadap Allah.
Berputus asa terhadap Allah BESAR hukumnya.


Peringatan ini seperti yang dijelaskan ALlah
dalam firman-Nya


"Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah
kerana sesungguhnya hanya kaum yang kafir yang berputus
asa daripada rahmat Allah" ( Yusuf : 87 )


Justeru ingatlah bahawa orang yang berjaya merentasi
segala dugaan , baik kesenangan, mahupun kesulitan adalah
orang yang berjaya di dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: