Selasa, 11 Ogos 2009

I'm a woman with no sense of style.......Plain Jane

Saya rasakan dalam banyak2 novel yang pernah saya baca, inilah novel yang betul-betul
umpama kena tulis berpandukan diri saya

Persamaan pertama :
" Namaku Balkis. Dieja dengan K dan bukan dengan Q. ( bahagian ini memang belum ada kena-mengenalah). Tinggi 161 sentimeter ( saya punya tinggi 162 cm). Berat 60 kilogram ( sekarang nie berat badan saya dekat2 no itulah). Tidak tinggi dan tidak gemuk ( nah betul)!!!!!!"
terus dia tulis lagi kan gini.
Persamaan kedua :
'tetapi jika dilihat dari segi realiti, orang lain tidak akan tahu BMI kita. Mereka hanya akan menilai secara am seperti: "eh kau sudah gemuk"...'
Hal seperti ini saya sudah lali untuk mendengarnya...terutamanya bila berjumpa mah kawan-kawan yang lama sudah tidak ketemu..mesti ayat yang 1st sekali diorang cakap "eh pika napa kau makin gemuk???"
Persamaan ketiga:
' ....atau balutan moden ala-ala Bienda atau Diana Naim dan tiada beg jenama Ferragamo atau Guess untukku bawa ke kelas. Senang kata, aku seorang gadis yang selekeh. Sekiranya pihak u x menetapkan pereturan 'Mesti Berpakaian Kemas' ke kelas, sdh tentu aku akan menghadiri setiap kelas dgn hnya berkemeja chino dan berjeans lusuh yang dipadankan dengan selipar tandas.
' I'm a woman with no sense of style, here me roar..... '
(saya rasa inilah yang paling betul untuk menggambarkan diri saya. nasib baik lagi saya masuk institusi yang memakai uniform. jadi saya tidak perlu memikirkan apa baju yang mau dipakai pegi kelas)
Persamaan ke-4:
' tapi awak bukan macam dia. tidak ada beg jenama LV atau bersolek MAC atau berbau minyak wangi Carolina Herrera.'(mungkin saya macam nie sebab saya ndak suka dengan mekap-mekap dalam hidup saya, hanya 1 saja barang yang ada sangkut paut dengan mekap, lip gloss...haha itu saja setakat nie. ntah kenapa, tapi saya rasa macam plastik bila pakai segala benda-benda nie..
rimas...saya suka benda yang natural..walaupun org cakap saya "eh pakai2lah bah bedak2 tu sikit" terus dalam hati walaupun riak sikit 'eh muka saya ok juga walaupun teda mekap' hahaha)
Persamaan ke-5 :
' Aku hanya mempunyai tiga jenis hobi selama hidup. pertama, menonton bola bersama abang-abangku. Kedua, makan dan yang ketiga, membaca novel sastera'
(betul saya suka tengok bola mah abang saya. saya sanggup kasi kawan dia tunggu mau tengok main bola sampai jam 5 pagi. saya suka makan. saya memang sangat...sangat...sangat suka baca novel. tapi bukan novel sastera )

antara kata-kata dalam novel nie yang saya suka:
'makan. aku memang suka makan. sesiapa di dunia ini yang tidak menyukai makanan seolah-olah mengata dia tidak suka hidup. '
' kadangkala dalam hidup ini kita cuba ada keyakinan diri, kita cuba tidak pedulikan cakap orang lain dan hidup dengan cara kita sendiri. kita tersadung, jatuh dan bangun balik dan cuba jalan lagi sekalipun orang lain ketawakan kita.'

tapi dalam banyak-banyak sifat dia yang saya tidak suka, bila dia mula ada BF semua orang di sekeliling dia, dia tidak hiraukan atau x ambil peduli. termasuklah kawan baik dia n family dia..
(saya harap saya tidak jadi macam nie.......)

* kalo mau tau lebih lanjut bolehlah kamu baca novel PLAIN JANE penulis dia NURUL SYAHIDA terbitan Buku Prima....
* thankx YAN'Z katak'Z sebab kau kasi pinjam saya nie buku.....
-wassalam-

2 ulasan:

Alfitriah berkata...

* Namaku Fecca. Dieja dengan C dan bukan dengan K. Tinggi 162 sentimeter. Berat hampir2 60 kilogram . Tidak tinggi dan tidak gemuk. hehe~

FarFec berkata...

haha...begitulah bha saya mau buat 2 nga saya ingin mengekalkan ayat sebenar dia kan....