Sabtu, 11 Julai 2009

Luukk sapi...

4 julai 2009, kami telah di jemput oleh pihak DBP kk untuk melihat teater yang bertajuk LUUK SAPI, bertempat di Dewan Bahasa Dan Pustaka Kota Kinabalu.
( cheewaaa praktis ni mau tulis laporan hehe)
cerita dia nie pasal asal usul kejadian batu yang berbentuk sapi yang ada di Sandakan..
Panjang cerita dia tapi saya sendiri kasi pendek.
cerita dia macam mana 1 kampung kena kasi selamat oleh sapi daripada diserang oleh buaya-buaya.....sedangkan sapi itu tidak kena suka oleh pembesar2 kampung itu..
pemilik sapi itu iaitu Othoe pun hampir dibunuh kerana tidak menjaga sapinya sendiri.
Setelah hampir masa Othoe hendak dibunuh, ketua dalam kampung itu (saya lupa nama dia) telah menyuruh untuk membebaskan Othoe kerana Othoe ada kaitan dengan perjanjian antara nenek moyang mereka yang pernah bersahabat. nenek moyang mereka pernah berjanji bahawa keturunan mereka tidak boleh bermusuhan antara 1 sama lain. Jika berlaku permusuhan, maka akan terjadi bala pada mereka.
Oleh, itu semasa Othoe dalam penjara banyak buaya di sungai atau laut ( ini x berapa pasti lupa sudah) berdekatan kampung mereka datang untuk menyerang ( dipercayai adalah berkaitan dengan perjanjian nenek moyang Othoe dan Ketua kampung). atas nasihat daripada Imam kampung dan pembesar2 mereka telah melepaskan Othoe dari penjara dan mereka bermaafan antara 1 sama lain. Akhirnya keajaiban berlaku Sapi yang di bela oleh Othoe telah menyelematkan kampung mereka daripada diserang oleh buaya.

Pic yang sempat saya amik walaupun mempertaruhkan sebijik hp ( walaupun hp lusuh ) yang hampir terjatuh waktu saya amik nie pic. sunset yang hanya dapat di lihat dari celah2 pokokeh van nie kacau daun tul!!!!setelah percubaan kali ke 4. akhirnya saya berjaya untuk merakamkan 3 pic...walaupun sering diganggu oleh makhluk2...
-wassalam-

Tiada ulasan: